Thursday, August 21, 2008

Konvoi ke Port Dickson







Salam...




Dah lama x update blog ni..bkn sengaja tp masa x mangizinkan ..



Pada 16 August Persatuan Penduduk tempat aku tinggal ada buat family day di Port Dickson,
lebih kurang 14 keluarga yg mengikuti konvoi ni..masa ni la aku kenal jiran2 dr blok lain ..selalu kenal yg dekat umah jer.Kami bertolak lbh kurang pukul 12 pm,berkonvoi dlm 7 biji kereta..tapi ada yg dah pergi dulu..ada yg bertolak lewat dr kami..takpelah asalkan kami dpt berkumpul ditempat yg sama..kami tiba di PD Santuary dlm pukul 1 lebih..selepas check in ptg tu cuma aktiviti bebas,budak2 seronok la berendam dlm kolam..anak aku Icha n baby Zaheen pun suka sgt mandi kolam sbb x de ombak..aku pun tumpang jugak la.Pada sebelah malam ada BBQ.. ok jugak la..sambil makan ada acara cabutan bertuah..hadiahnya x seberapa cuma seronok2 jer..ok la daripada tak dapat apa2..dlm masa ys sama disusuli dgn karaoke..wife2 tengok la husband masing2 menonjolkan bakat yg terpendam tu..hehee..kira sambil mkn sambil berhibur la..dalam pukul 11 pagi anak dgn ibu2 balik ke bilik utk beradu tinggallah bapa2 mendendangkan lagu.
Pada keesokannya selepas breakfast ada sukaneka untuk kanak..anak aku Icha pun ambil bahagian..umur 3 thn dah pandai bersukan.

Selepas penat bersukan aktiviti mandi kolam lg..masa ni la aku pun turun padang..berendam sepuas2 nya..pukul 12 lebih bersiap untuk makan tgh hari yg disediakan oleh PD santuary resort.Pukul 2 ptg kami bertolak dr PD santuary resort dan singgah dekat Teluk Kemang..x de xtvt pun cuma ambil angin je..lebih kurang 4 ptg kami pulang ke rumah masing..bersurai.

No comments: